Formula Ungkapan Algebra (a-2b)2
Soalan (a-b)2 tersangatlah popular dalam soalan PT3 dan
juga susah untuk dikembangkan.
Saya mahu tunjuk jalan kerja yang
tidak perlu menerbitkan dua kurungan dalam proses kembangan seperti:
(a-2b)2
= (a-2b) (a-2b)
= a (a-2b)-2b(a-2b)
=(a2-2ab)-(2ab-4b2)
=a2-2ab-2ab+4b2
=a2-4ab+4b2
Jalan kira di atas tersangatlah
susah dan mengambil masa yang lama untuk kira satu-persatu.Kemungkinan untuk
salah juga tinggi kerana pening dengan nombor yang banyak.So kita guna je
formula.
Formulanya ialah :
(a-b)2 tukar kepada -> (a-(n)b)2 = a2-(nx2)
ab+ (n2)b2
*(n) ialah sebarang nombor yang
berada di b.
*(nx2) ialah nombor tersebut didarab
2
*(n2) ialah nombor
tersebut dikuasaduakan.
Contoh:
1.(m-5j)2
= m2-(5x2)mj+(52)j2
= m2- 10mj+25j2
2.(k-7p)2
= k2- (7x2)kp + (72)
p2
= k2-14kp+ 49 p2
Senang tak guna formula ini? Saya
harap post ini amat berguna kepada sesiapa yang menghadapi masalah dengan
soalan ini.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home