Definisi Fizik Bab 1 - Bab 3
Semoga post ini bermanfaat dan berguna untuk pelajar-pelajar di luar sana.
BAB 1
- · Kuantiti Fizik: Kuantiti yang boleh diukur atau dikira pada sesuatu objek atau kejadian.
- · Kuantiti Fizik Asas/Kuantiti Asas: Kuantiti fizik yang tidak boleh ditakrifkan dalam istilah kuantiti asas yang lain.
- · Kuantiti Fizik Terbitan/Kuantiti Terbitan: Kuantiti yang diterbitkan daripada kuantiti fizik asas.
- · Kuantiti Skalar: Kuantiti fizik yang mempunyai magnitude sahaja.
- · Kuantiti Vektor: Kuantiti fizik yang mempunyai magnitude dan arah.
- · Kepersisan: Keupayaan alat pengukur untuk mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten.
- · Kejituan: Darjah kehampiran nilai pengukuran kepada nilai yang sebenar.
- · Kepekaan Alat Pengukur: Keupayaan alat untuk mengesan perubahan yang sangat kecil dalam kuantiti yang diukur.
- Bab 2
·
Sesaran: Jarak dalam arah tertentu diantara dua
lokasi yang diukur sepanjang laluan yang paling pendek yang menghubungkannya
dalam arah tertentu dan kedudukan akhir dari kedudukan awal dalam arah
tertentu.
· Laju: Kadar perubahan jarak
· Halaju: Kadar perubahan sesaran.
· Laju Sekata: Laju yang magnitudnya kekal sama tanpa mempertimbangkan arahnya.
· Halaju Sekata: Halaju yang magnitude dan arahnya kekal sama.
· Pecutan: Kadar perubahan halaju sesuatu objek.
· Nyahpecutan: Sesuatu objek bergerak dengan semakin perlahan dalam arah pergerakannya.
· Pecutan Sifar: Sesuatu objek yang berada dala keadaan pegun atau bergerak dengan halaju malar.
· Kecerunan Graf: Halaju objek yang bergerak.
· Kecerunan Negatif: Halaju objek yang bergerak dalam arah gerakan bertentangan dari arah asal.
· Inersia: Kecenderungan sesuatu objek untuk kekal dalam keadaan pegun atau terus bergerak dengan laju malar dalam garis lurus.
· Momentum: Hasil darab jisim dan halaju
· Daya: Tindakan ke atas sesuatu objek yang mempunyai jisim yang akan menyebabkan objek tersebut mengalami pecutan atau perubahan halaju.
· Daya Bersih: Gabungan semua daya individu yang bertindak ke atas sesuatu objek dan juga dikenali sebagai daya paduan dan daya tidak seimbang.
· Daya Seimbang: Daya yang bertindak ke atas sesuatu objek dalam keadaan seimbang dan membatalkan antara satu sama lain yang menyebabkan daya bersihnya sifar.
· Daya Impuls: Daya besar yang bertindak dalam temph masa yang singkat semasa pelanggaran atau letupan dan juga kadar perubahan momentum.
· Impuls: Perubahan momentum dan juga hasil darab antara daya dan masa.
· Daya Graviti: Daya tarikan yang bertindak di antara zarah-zarah yang mempunyai jisim.
· Pecutan Graviti: Pecutan bagi objek yang disebabkan oleh gravity.
· Jatuh Bebas: Objek yang jatuh di bawah daya tarikan gravity sahaja,
· Berat: Daya graviti yang dikenakan ke atasnya.
· Kerja: Kerja yang dilakukan pada sesuatu objek,W sebagai hasil darab daya yang dikenakan,F, pada objek itu dan sesarannya,S, dalam arah daya bersih.
· Tenaga Keupayaan Graviti: Tenaga yang tersimpan dalam objek disebabkan oleh kedudukannya daripada permukaan bumi.
· Tenaga Keupayaan Kenyal: Tenaga yang tersimpan di dalam objek kenyal akibat daripada mampatan atau regangan objek.
· Tenaga Kinetik: Tenaga yang diperolehi oleh gerakannya.
· Kuasa: Kadar perubahan tenaga atau kadar kerja yang dilakukan.

BAB 3
- · Tekanan: Daya,F, yang dikenakan secara normal pada permukaan sesuatu kawasan dengan luas,A,akan menghasilkan tekanan,P.
- · Tekanan Dalam Cecair: Tekanan pada satu titik di dalam sesuatu cecair yang seragam dari satu arah adalah sama dengan tekanan dari arah yang bertentangan.
- · Tekanan Gas: Daya seunit luas yang dikenakan oleh zarah-zarah gas apabila berlanggar dengan dinding bekas.
- · Tekanan Atmosfera: Daya seunit luas yang dikenakan pada sesuatu permukaan oleg berat molekul-molekul udara di atas permukaan itu.
- · Prinsip Pascal: Tekanan yang dikenakan pada cecair dalam sebuah bekas tertutup dipindahkan dengan seragam ke semua arah dalam cecair tersebut.
- · Prinsip Archimedes: Objek yang direndam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir,objek itu mengalami daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir yang tersesar.
- · Ketumpatan: Sukatan jisim per unit isipadu.
- · Apungan:Daya yang bertindak ke atas objek yang terendam dan mengarah ke atas.
- · Prinsip Bernoulli: Tekanan bendalir yang bergerak berkurangan apabila kelajuan bendalir bertambah dan sebaliknya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home