Tuesday, 9 August 2016

Ciri-Ciri Yang Ada Pada Keselamatan Untuk Mengelakkan Kemalangan (Fizik Bab 2 Tingkatan 4)

Ciri-ciri yang terdapat dalam kenderaan.
Dipersilakan untuk share dan menggunakan gambar tersebut.

Formula Ungkapan Algebra (a-2b)2

Soalan (a-b)2 tersangatlah popular dalam soalan PT3 dan juga susah untuk dikembangkan.

Saya mahu tunjuk jalan kerja yang tidak perlu menerbitkan dua kurungan dalam proses kembangan seperti:

(a-2b)2
= (a-2b) (a-2b)
= a (a-2b)-2b(a-2b)
=(a2-2ab)-(2ab-4b2)
=a2-2ab-2ab+4b2
=a2-4ab+4b2
Jalan kira di atas tersangatlah susah dan mengambil masa yang lama untuk kira satu-persatu.Kemungkinan untuk salah juga tinggi kerana pening dengan nombor yang banyak.So kita guna je formula.
Formulanya ialah :
(a-b)2   tukar kepada -> (a-(n)b)2  =  a2-(nx2) ab+ (n2)b2
*(n) ialah sebarang nombor yang berada di b.
*(nx2) ialah nombor tersebut didarab 2
*(n2) ialah nombor tersebut dikuasaduakan.
Contoh:
1.(m-5j)2
= m2-(5x2)mj+(52)j2
= m2- 10mj+25j2

2.(k-7p)2
= k2- (7x2)kp + (72) p2
= k2-14kp+ 49 p2
Senang tak guna formula ini? Saya harap post ini amat berguna kepada sesiapa yang menghadapi masalah dengan soalan ini.